Author

Muchtar Omar ialah seorang jurugambar amatur yang menjadikan fotografi sebagai hobinya. Dia mempunyai minat yang mendalam dalam bidang fotografi kerana melalui fotografi dia dapat mencanting keindahan dunia disekelilingnya. Baginya, setiap ciptaan Tuhan itu begitu cantik dan mempersonakan. Oleh kerana itu, ada baiknya jika setiap keindahan yang dilihatnya dapat dikongsi bersama dalam bentuk gambar.

   Di samping itu, melalui fotografi juga dia dapat memotretkan senario manusia disekitarnya. Bagaimana emosi dan ekspresi mereka samada gembira, sedih atau marah semuanya dapat dilihat dan ditafsir melalui tingkahlaku dan perbuatan mereka. Melalui fotografi, semua itu dapat dirakamkan.

   Selain daripada itu, dia juga merupakan seorang yang sangat mementingkan kenangan atau memori. Baginya, setiap kenangan atau memori itu mestilah diabadikan supaya tidak dilupakan dikemudian hari dan salah satu cara untuk mengabadikannya adalah melalui gambar.

   Baginya, setiap gambar itu mempunyai "ceritanya" tersendiri. Mungkin satu "cerita" atau mungkin juga banyak "cerita". Ianya bergantung kepada jurugambar yang telah memotretkan gambar berkenaan. Baginya juga, "cerita-cerita" itu akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan melalui teknik yang betul ditambah dengan kreativiti yang tinggi. Oleh sebab itu, dia sentiasa berusaha untuk menambah pengetahuan dan pengalamannya dalam bidang fotografi ini agar "cerita" yang ingin disampaikannya menjadi lebih indah dan menjadi ingatan setiap "pembacanya".

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...