Thursday, 10 November 2011

White Balance

Pernahkah anda mengambil gambar, kemudian anda dapati warna persekitaran gambar tersebut tidak sama seperti warna yang anda lihat dengan mata anda? Jika pernah, ini bermakna gambar tersebut mempunyai masalah dengan white balance. Fungsi white balance adalah mendapatkan warna yang tepat atau sama seperti keadaan sebenar bagi sesuatu gambar.


   Untuk pengetahuan anda, setiap sumber cahaya mempunyai suhu. Suhu-suhu ini pula berlainan mengikut sumber cahaya berkenaan. Sebagai contoh, suhu cahaya lilin adalah berbeza dengan suhu cahaya lampu kalimantang dan suhu cahaya matahari di waktu pagi adalah berlainan dengan suhu cahaya matahari di waktu tengah hari dan petang. White balance ditentukan berdasarkan suhu sumber cahaya ini. Suhu-suhu ini disukat dalam unit Kelvin (K).

   Untuk mendapatkan warna yang tepat bagi gambar anda, anda perlu tahu memilih setting white balance yang sesuai mengikut suasana. Secara umumnya terdapat dua cara untuk memilih white balance iaitu secara manual dan preset auto. Cara manual yang pertama iaitu anda memilih sendiri suhu yang anda mahu dalam unit Kelvin (K). Akan tetapi, cara ini memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai suhu sumber cahaya barulah anda akan dapat memilih suhu yang tepat.







   Cara manual yang kedua adalah dengan menggunakan grey card. Untuk cara ini anda memerlukan sekeping kadbod atau apa sahaja medium sekata berwarna kelabu, kemudian anda perlu set white balance anda kepada preset dan menangkap gambar medium bewarna kelabu berkenaan. Apa yang berlaku adalah, anda sebenarnya tidak menangkap gambar medium kelabu berkenaan tetapi sebaliknya anda merekodkan suhu cahaya yang dipantulkan oleh medium kelabu tersebut. Oleh itu, white balance anda adalah tepat mengikut suhu sebenar cahaya pada waktu itu.

   Cara Preset Auto pula adalah anda memilih mana-mana white balance yang telah disetkan dalam kamera anda. Setiap kamera mempunyai sekurang-kurangnya 7 preset auto white balance yang telah disetkan oleh pengilang mengikut suasana persekitaran yang umum iaitu AUTO, Incandescent, Fluorescent, Direct Sunlight, Flash, Cloudy dan Shade.


Penerangan mengenai setiap preset white balance


   Oleh itu, adalah terpulang kepada anda untuk membuat pilihan samada untuk memilih setting white balance anda secara manual ataupun preset auto. Jika anda mahukan white balance yang paling tepat mengikut suasana, adalah disarankan anda menggunakan Manual. Akan tetapi jika anda masih lagi dalam proses memahami white balance, preset auto juga dapat memberikan hasil yang tidak mengecewakan.


© Muchtar Omar



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...