Aperture, Shutter Speed dan ISO adalah tiga perkara asas dalam fotografi yang mesti diketahui oleh seseorang itu jika dia ingin menjadi seorang jurugambar. Ini kerana tiga perkara berkenaan adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Kombinasi yang tepat antara Aperture, Shutter Speed dan ISO akan menghasilkan gambar yang mempunyai exposure yang baik dan mempunyai kualiti di tahap paling optimum.
Aperture bermaksud kadar bukaan di dalam lensa kamera yang akan mengawal kemasukan cahaya ke sensor imej kamera. Semakin besar bukaan, semakin banyak cahaya yang akan masuk dan begitulah sebaliknya. Ia juga turut mengawal Depth of Field sesuatu imej. Semakin besar bukaan, semakin sempit Depth of Field dan begitu jugalah sebaliknya.
(Sila rujuk Entry : Aperture)
(Sila rujuk Entry : Aperture)
Shutter Speed pula bermaksud tempoh bukaan Shutter dalam kamera. Semakin laju Shutter Speed, semakin kurang cahaya dapat memasuki sensor imej kamera, begitulah sebaliknya. Shutter Speed yang lambat akan meningkatkan kebarangkalian imej untuk kabur (blur).
(Sila rujuk Entry : Shutter Speed)
(Sila rujuk Entry : Shutter Speed)
ISO pula adalah tahap sensitiviti sensor imej kamera kepada cahaya. Semakin tinggi ISO yang digunakan, semakin sensitif sensor imej kamera kepada cahaya. Walaubagaimanapun, semakin tinggi ISO yang digunakan juga akan mengurangkan kualiti imej yang dihasilkan.
(Sila rujuk Entry : ISO)
(Sila rujuk Entry : ISO)
Situasi 1 :
Katakan anda ingin menangkap gambar menggunakan Aperture f1.8. Pada f1.8, kadar bukaan Aperture adalah besar. Ini bermakna banyak cahaya yang akan memasuki sensor imej kamera dan akan menyebabkan gambar yang dihasilkan menjadi terlampau cerah atau over-exposed. Jadi, untuk mendapatkan exposure yang tepat bagi gambar berkenaan, sensor imej kamera perlu ditutup dengan cepat. Oleh itu, Shutter Speed yang tinggi diperlukan. Sebagai contoh 1/250s. Dengan ini, perkaitan antara Aperture dan Shutter Speed bagi Situasi 1 adalah seperti berikut : Semakin besar bukaan Aperture, semakin laju Shutter Speed.
Situasi 2 :
Katakan anda ingin menangkap gambar menggunakan Aperture f22 kerana anda inginkan Depth of Field yang luas. Anda mahu semua subjek di dalam gambar anda berada dalam fokus. Contohnya gambar pemandangan. Pada f22, kadar bukaan Aperture adalah kecil. Ini bermakna jumlah cahaya yang akan memasuki sensor imej kamera adalah sedikit dan akan menyebabkan gambar yang akan dihasilkan menjadi gelap atau under-exposed. Jadi, untuk mendapatkan exposure yang tepat bagi gambar berkenaan, sensor imej kamera perlukan sedikit masa untuk menyerap cahaya yang secukupnya bagi menerangkan gambar berkenaan. Oleh itu, bagi memberi masa kepada sensor imej kamera menyerap cahaya, Shutter mestilah ditutup dengan lambat. Maka dengan itu, Shutter Speed yang digunakan perlulah lambat. Sebagai contoh 1/40s. Dengan ini, perkaitan antara Aperture bagi Situasi 2 adalah seperti berikut : Semakin kecil bukaan Aperture, semakin lambat Shutter Speed.
Situasi 3 :
Katakan anda ingin mengambil gambar pemandangan di waktu malam. Aperture yang anda perlu gunakan adalah f22 untuk mendapatkan keseluruhan fokus. Anda dapati Shutter Speed yang sesuai untuk mendapatkan exposure yang baik adalah 1/15s. Dengan Shutter Speed berkenaan, anda dapati gambar yang anda tangkap kabur (blur) akibat gegaran daripada tangan anda kerana Shutter Speed berkenaan adalah perlahan. Anda pula tidak membawa tripod. Jadi, anda terpaksa meningkatkan Shutter Speed anda hingga tahap dimana anda boleh menangkap gambar menggunakan tangan tanpa menyebabkan blur. Caranya adalah dengan meningkatkan ISO anda. Biasanya ISO yang digunakan oleh jurugambar adalah ISO 200. Akan tetapi bagi situasi seperti ini, kadar ISO bolehlah ditingkatkan ke ISO 400 atau ISO 800. Ini kerana ISO yang tinggi akan menyebabkan sensor imej kamera lebih sensitif kepada cahaya seterusnya meningkatkan Shutter Speed anda. Oleh itu, dengan kata lain fungsi ISO adalah untuk meningkatkan Shutter Speed. Akan tetapi harus diingat, semakin tinggi ISO yang digunakan, semakin kurang kualiti gambar. Jadi, hanya tinggikan ISO jika benar-benar perlu.
© Muchtar Omar
0 comments:
Post a Comment