Sunday, 6 November 2011

Aperture

Aperture adalah kadar bukaan dalam lensa kamera anda apabila gambar ditangkap. Apabila anda menekan butang shutter pada kamera, satu bukaan akan terbuka. Bukaan tersebut akan membenarkan sensor imej kamera anda untuk menangkap subjek yang anda ingini.


   Aperture yang ditetapkan adalah berkait dengan kadar bukaan tersebut. Dalam dunia fotografi, aperture disukat menggunakan unit " f-stops (f) " dan dalam bentuk nombor. Semakin rendah nombor " f " (Cth : f1.4, f1.8, f2.8) semakin besar bukaan. Manakala semakin tinggi nombor " f " (Cth : f11, f16, f22) semakin kecil bukaan.

   Bukaan tersebut pula akan menyukat kadar cahaya yang akan memasuki sensor imej dalam kamera. Semakin besar bukaan, semakin banyak cahaya yang akan masuk dan begitulah sebaliknya. Manakala semakin banyak cahaya yang masuk, semakin teranglah imej berkenaan dan begitu jugalah sebaliknya.



Contoh bukaan Aperture


   Aperture juga turut bertanggungjawab mengawal Depth of Field (DoF) sesuatu imej. "Depth of Field" atau singkatannya "DoF" adalah kedalaman atau keluasan kawasan yang berada dalam fokus kamera anda. Dengan kata lain kawasan yang anda ingin fokuskan. Jika anda mahukan kawasan yang berada dalam fokus kamera anda itu luas, maka anda perlu tinggikan nombor " f " anda. Jika ada hanya mahukan sedikit sahaja kawasan yang ingin difokuskan, maka anda perlu rendahkan nombor " f " anda.


Contoh Depth of Field


Untuk makluman, Aperture, Shutter Speed dan ISO adalah tiga perkara yang saling berkaitan.

© Muchtar Omar



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...