- Setkan mode dial kamera anda kepada "Aperture Priority" (A @ Av).
- Berdiri sejauh mungkin daripada subjek kemudian zoomkan lensa anda sehingga habis. Selaraskan jarak anda agar subjek berada dalam posisi yang anda mahukan dalam frame kamera anda.
- Pastikan jarak subjek anda dengan latar belakang juga adalah jauh.
- Set nombor " f " yang paling rendah.
- Tangkap gambar dan lihat hasilnya.
*Catatan : Jika anda mahukan efek blur yang lebih baik, anda bolehlah mendapatkan lensa yang mempunyai nombor " f " yang lebih kecil. Lazimnya lensa-lensa ini adalah sedikit mahal berbanding lensa-lensa biasa. Akan tetapi terdapat juga lensa bernombor " f " yang kecil tetapi murah. Contohnya lensa 50mm f1.8. Lensa tersebut adalah lensa "prime" iaitu lensa yang tidak boleh dizoom dan ia tidak mempunyai motor didalamnya. Ini bermaksud, anda memerlukan kamera yang mempunyai motor untuk membolehkan lensa tersebut autofocus.
Selamat mencuba!
© Muchtar Omar
0 comments:
Post a Comment