Thursday 10 November 2011

Metering

Fungsi metering dalam kamera adalah untuk menganalisa kawasan-kawasan tertentu dalam viewfinder (ruang untuk anda melihat sewaktu ingin menangkap gambar) dan mendapatkan exposure yang paling baik untuk gambar yang bakal ditangkap. Secara umumnya, terdapat 3 jenis metering iaitu Spot Metering, Center-Weighted Metering dan Overall Metering (nama bagi metering ini berbeza mengikut pengeluar kamera).


Spot Metering
Biasanya merangkumi 1-5% viewfinder dan terletak ditengah-tengah viewfinder. Untuk mod ini, kamera hanya akan membaca nilai exposure yang sesuai ditengah-tengah viewfinder itu sahaja dan mengabaikan kawasan-kawasan lain. Oleh itu, hanya kawasan ditengah-tengah viewfinder itu sahaja yang akan mendapat exposure yang paling tepat. Metering ini sesuai digunakan untuk menangkap gambar subjek yang mempunyai detail yang sangat halus contohnya seperti cincin, berlian dan barang kemas.

Center-Weighted Metering
Lebih kurang sama seperti spot metering tetapi merangkumi kawasan yang lebih luas di tengah-tengah viewfinder. Lebih kurang 10-15%. Untuk mod ini, kamera akan membaca nilai exposure keseluruhan viewfinder tetapi hanya akan memfokuskan di kawasan metering itu sahaja. Kegunaan metering ini adalah lebih kurang sama seperti spot metering.

Overall metering
Untuk mod ini, tidak seperti spot dan center-weighted metering yang hanya memfokuskan dibahagian tengah viewfinder, sebaliknya kamera akan menganalisa keseluruhan viewfinder dan membaca nilai exposure yang dirasakannya paling tepat untuk keseluruhan viewfinder. Metering ini biasanya digunakan untuk menangkap gambar pemandangan kerana lazimnya gambar pemandangan memerlukan exposure yang sesuai di semua kawasan tidak hanya dikawasan-kawasan tertentu.




Contoh penggunaan Metering


© Muchtar Omar



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...