Monday, 7 November 2011

Shutter Speed

Shutter adalah satu mekanisma yang berada di dalam kamera. Ia akan berbunyi "klik" apabila butang shutter ditekan. Shutter speed atau kelajuan shutter pula adalah tempoh dimana shutter terbuka semasa butang shutter ditekan. Dalam dunia film photography, ia adalah tempoh dimana filem terdedah kepada subjek yang ingin ditangkap. Ini tiada bezanya dengan dunia digital photography iaitu tempoh dimana sensor imej terbuka untuk menangkap sesuatu subjek itu. Lebih lama sensor terdedah, lebih banyak cahaya yang masuk dan lebih cerah imej yang akan dihasilkan.


   Shutter speed disukat menggunakan unit "seconds (s)" atau saat. Lazimnya, shutter speed yang digunakan adalah lebih laju daripada 1 saat. Ia dipanggil a fractions of a seconds. Sebagai contoh : 1/250s. Lebih tinggi denominator nya, lebih laju shutter berkenaan. Contohnya : 1/1000s adalah lebih laju daripada 1/500s.

   Dalam dunia fotografi, 1 saat kelajuan shutter sudah dianggap amat perlahan. Apabila shutter terlalu perlahan, kebarangkalian untuk sesuatu imej yang ditangkap itu untuk kabur atau blur adalah amat tinggi. Tangan manusia lazimnya mampu untuk memegang kamera dan menangkap gambar tanpa kabur dengan shutter berkelajuan minimum 1/60s. Jika ingin menangkap gambar dengan kelajuan shutter lebih lambat daripada itu, (sebagai contoh 1/40s, 1/20s) ia memerlukan teknik-teknik yang tertentu atau terus menggunakan tripod sekiranya kelajuan shutter selambat 1 saat atau lebih lambat daripada itu. Paling lambat kelajuan shutter adalah 30 saat. Jika shutter lebih lambat daripada itu, ianya dipanggil bulb.

   Untuk menghentikan pergerakan atau freeze motion sesuatu subjek dalam imej, kelajuan shutter yang tinggi diperlukan. Lazimnya 1/250s atau lebih laju. Kelajuan maksimum shutter bergantung kepada jenis kamera. Ada kamera yang mempunyai kelajuan maksimum 1/4000s dan ada pula kamera yang menjangkau kelajuan 1/8000s.






Walaubagaimanapun, semakin laju shutter bermakna semakin sedikit masa sensor imej terdedah dan semakin sedikit cahaya dibenarkan masuk ke sensor berkenaan. Ini akan menyebabkan imej akan menjadi gelap.



 Contoh shutter speed dan kaitan dengan imej yang dihasilkan


   Akan tetapi, dalam dunia fotografi, tidak semestinya imej yang ditangkap itu selalunya harus jelas atau sharp. Mengikut situasi, kekaburan atau blurry itu kadangkala diperlukan untuk menghidupkan sesuatu imej itu supaya ianya nampak tidak kaku. Oleh itu, anda haruslah kreatif jika ingin bermain dengan shutter speed supaya imej yang anda hasilkan itu nampak lebih menarik.






Untuk makluman, Aperture, Shutter Speed dan ISO adalah tiga perkara yang saling berkaitan.

© Muchtar Omar



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...