Sunday, 13 November 2011

Tips : Bagaimana Menangkap Gambar Yang Cantik Pada Waktu Malam


  1. Setkan mode dial kamera anda kepada "Manual" (M).
  2. Pilih number aperture " f " yang paling kecil dan shutter speed yang perlahan (mulakan dengan 1 saat).
  3. Pastikan kamera anda berada dalam keadaan statik. Gunakan tripod atau apa sahaja alas.
  4. Gunakan self-timer untuk mengelakkan gegaran yang berlaku ketika anda menekan butang shutter menyebabkan gambar menjadi blur.
  5. Tangkap gambar dan lihatlah hasilnya. Jika gambar yang ditangkap tidak cukup terang, anda bolehlah memperlahankan lagi shutter speed. Jika gambar terlalu terang, lajukan lagi shutter speed anda.

*Catatan : Jika anda menggunakan tripod, pastikan nilai ISO anda diset kepada nilai yang paling rendah untuk kualiti gambar yang paling baik.

Selamat mencuba!

© Muchtar Omar




Read more...

Tips : Bagaimana Membuat Efek Air Mengalir Yang Kreatif


  1. Setkan mode dial kamera anda kepada "Shutter Priority" (S @ Tv).
  2. Setkan shutter speed supaya ianya perlahan. 1/30 adalah permulaan yang baik.
  3. Jika air tersebut masih tidak cukup blur, perlahankan lagi shutter speed anda sehingga anda berpuas hati. Anda mungkin memerlukan tripod untuk tujuan ini.
  4. Ambil gambar dan lihatlah hasilnya.

*Catatan : Jika anda tidak membawa tripod, anda juga boleh menggunakan medium lain untuk mengalas kamera anda. Sebagai contoh beg anda. Adalah disarankan untuk anda menggunakan self-timer (2 saat) jika menangkap gambar menggunakan shutter speed yang perlahan untuk mengelakkan kamera bergoyang sewaktu anda menekan butang shutter.

Selamat mencuba!

© Muchtar Omar




Read more...

Tips : Bagaimana Mengambil Gambar Pemandangan Di Waktu Senja


  1. Setkan mode dial kamera anda kepada "Aperture Priority" (A @ Av). Bagi mereka yang masih baru, bolehlah setkan ke mode dial "Programmed Auto" (P).
  2. Tekan butang Exposure Compensation. Butang ini biasanya mempunyai label 'plus-minus' (+/-) - semak buku manual kamera anda untuk keterangan lebih lanjut.
  3. Setkan nilai kepada nilai negatif untuk membuatkan gambar tersebut kelihatan lebih gelap atau under-exposed. Gunakan nilai -1.0 sebagai permulaan. Jika gambar anda masih terlalu terang, naikkan nilai negatif itu sedikit demi sedikit sehingga anda berpuas hati. Manakala jika gambar anda terlalu gelap, turunkan nilai negatif anda.
  4. Akhir sekali, jika anda sudah berpuas hati ambil gambar dan lihatlah hasilnya. Jangan lupa untuk setkan kembali nilai Exposure Compensation anda kepada 0.0 setelah selesai mengambil gambar.

*Catatan : Anda boleh memasukkan seseorang di dalam gambar anda di hadapan pemandangan tersebut untuk menjadikannya lebih menarik. Gunakan flash untuk menerangi subjek tersebut, jika tidak ia akan gelap.

Selamat mencuba!

© Muchtar Omar




Read more...

Exposure Compensation

Pernahkah anda menangkap gambar dan anda dapati gambar yang anda tangkap itu sedikit gelap atau under-exposed walaupun anda telah menggunakan setting yang betul? Perkara ini terjadi kerana metering kamera anda gagal mentafsir exposure yang tepat untuk gambar anda disebabkan situasi-situasi tertentu. Perkara ini memang biasa terjadi. Masalah ini boleh diatasi dengan menaik atau menurunkan nilai Exposure Compensation.


   Exposure Compensation digunakan untuk mengawal nilai exposure. Nilainya boleh dinaik atau diturunkan untuk menjadikan imej lebih terang ataupun lebih gelap. Nilai default bagi exposure compensation adalah 0.0 dan boleh dinaikkan menjadi +0.3, +0.7, +1.0, +1.3, +1.7, +2.0 dan seterusnya menjadikan imej lebih terang. Ia juga boleh diturunkan menjadi -0.3, -0.7, -1.0, -1.3, -1.7, -2.0 dan seterusnya menjadikan imej lebih gelap.




Contoh nilai exposure compensation dan hasilnya


© Muchtar Omar




Read more...

Thursday, 10 November 2011

Metering

Fungsi metering dalam kamera adalah untuk menganalisa kawasan-kawasan tertentu dalam viewfinder (ruang untuk anda melihat sewaktu ingin menangkap gambar) dan mendapatkan exposure yang paling baik untuk gambar yang bakal ditangkap. Secara umumnya, terdapat 3 jenis metering iaitu Spot Metering, Center-Weighted Metering dan Overall Metering (nama bagi metering ini berbeza mengikut pengeluar kamera).


Spot Metering
Biasanya merangkumi 1-5% viewfinder dan terletak ditengah-tengah viewfinder. Untuk mod ini, kamera hanya akan membaca nilai exposure yang sesuai ditengah-tengah viewfinder itu sahaja dan mengabaikan kawasan-kawasan lain. Oleh itu, hanya kawasan ditengah-tengah viewfinder itu sahaja yang akan mendapat exposure yang paling tepat. Metering ini sesuai digunakan untuk menangkap gambar subjek yang mempunyai detail yang sangat halus contohnya seperti cincin, berlian dan barang kemas.

Center-Weighted Metering
Lebih kurang sama seperti spot metering tetapi merangkumi kawasan yang lebih luas di tengah-tengah viewfinder. Lebih kurang 10-15%. Untuk mod ini, kamera akan membaca nilai exposure keseluruhan viewfinder tetapi hanya akan memfokuskan di kawasan metering itu sahaja. Kegunaan metering ini adalah lebih kurang sama seperti spot metering.

Overall metering
Untuk mod ini, tidak seperti spot dan center-weighted metering yang hanya memfokuskan dibahagian tengah viewfinder, sebaliknya kamera akan menganalisa keseluruhan viewfinder dan membaca nilai exposure yang dirasakannya paling tepat untuk keseluruhan viewfinder. Metering ini biasanya digunakan untuk menangkap gambar pemandangan kerana lazimnya gambar pemandangan memerlukan exposure yang sesuai di semua kawasan tidak hanya dikawasan-kawasan tertentu.




Contoh penggunaan Metering


© Muchtar Omar




Read more...

Tips : Bagaimana Menangkap Gambar Pemandangan Dengan Semuanya Di Dalam Fokus


  1. Setkan mode dial kamera anda kepada "Aperture Priority" (A @ Av).
  2. Zoomkan lensa anda ke jarak yang paling minimum atau yang paling rendah (Cth : 18mm).
  3. Set nombor " f " yang besar. Sebagai permulaan setkan kepada f16.
  4. Tangkap gambar dan lihat hasilnya. Jika masih terdapat bahagian yang tidak difokuskan atau tidak sharp, anda boleh meningkatkan nombor " f " anda. Katakan f22.

*Catatan : Harus diingat jika semakin besar nombor " f " bermakna semakin sedikit cahaya yang memasuki sensor imej kamera anda. Oleh itu shutter speed anda akan berkurang. Pastikan shutter speed anda tidak terlalu perlahan sehingga anda tidak dapat memegang kamera anda. Atau jika anda membawa tripod, terus gunakan tripod bagi mengelakkan gambar menjadi blur.

Selamat mencuba!

© Muchtar Omar




Read more...

Tips : Bagaimana Mengambil Gambar Potret Dengan Latar Belakang Kabur


  1. Setkan mode dial kamera anda kepada "Aperture Priority" (A @ Av).
  2. Berdiri sejauh mungkin daripada subjek kemudian zoomkan lensa anda sehingga habis. Selaraskan jarak anda agar subjek berada dalam posisi yang anda mahukan dalam frame kamera anda.
  3. Pastikan jarak subjek anda dengan latar belakang juga adalah jauh.
  4. Set nombor " f " yang paling rendah.
  5. Tangkap gambar dan lihat hasilnya.

*Catatan : Jika anda mahukan efek blur yang lebih baik, anda bolehlah mendapatkan lensa yang mempunyai nombor " f " yang lebih kecil. Lazimnya lensa-lensa ini adalah sedikit mahal berbanding lensa-lensa biasa. Akan tetapi terdapat juga lensa bernombor " f " yang kecil tetapi murah. Contohnya lensa 50mm f1.8. Lensa tersebut adalah lensa "prime" iaitu lensa yang tidak boleh dizoom dan ia tidak mempunyai motor didalamnya. Ini bermaksud, anda memerlukan kamera yang mempunyai motor untuk membolehkan lensa tersebut autofocus.

Selamat mencuba!

© Muchtar Omar




Read more...

White Balance

Pernahkah anda mengambil gambar, kemudian anda dapati warna persekitaran gambar tersebut tidak sama seperti warna yang anda lihat dengan mata anda? Jika pernah, ini bermakna gambar tersebut mempunyai masalah dengan white balance. Fungsi white balance adalah mendapatkan warna yang tepat atau sama seperti keadaan sebenar bagi sesuatu gambar.


   Untuk pengetahuan anda, setiap sumber cahaya mempunyai suhu. Suhu-suhu ini pula berlainan mengikut sumber cahaya berkenaan. Sebagai contoh, suhu cahaya lilin adalah berbeza dengan suhu cahaya lampu kalimantang dan suhu cahaya matahari di waktu pagi adalah berlainan dengan suhu cahaya matahari di waktu tengah hari dan petang. White balance ditentukan berdasarkan suhu sumber cahaya ini. Suhu-suhu ini disukat dalam unit Kelvin (K).

   Untuk mendapatkan warna yang tepat bagi gambar anda, anda perlu tahu memilih setting white balance yang sesuai mengikut suasana. Secara umumnya terdapat dua cara untuk memilih white balance iaitu secara manual dan preset auto. Cara manual yang pertama iaitu anda memilih sendiri suhu yang anda mahu dalam unit Kelvin (K). Akan tetapi, cara ini memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai suhu sumber cahaya barulah anda akan dapat memilih suhu yang tepat.







   Cara manual yang kedua adalah dengan menggunakan grey card. Untuk cara ini anda memerlukan sekeping kadbod atau apa sahaja medium sekata berwarna kelabu, kemudian anda perlu set white balance anda kepada preset dan menangkap gambar medium bewarna kelabu berkenaan. Apa yang berlaku adalah, anda sebenarnya tidak menangkap gambar medium kelabu berkenaan tetapi sebaliknya anda merekodkan suhu cahaya yang dipantulkan oleh medium kelabu tersebut. Oleh itu, white balance anda adalah tepat mengikut suhu sebenar cahaya pada waktu itu.

   Cara Preset Auto pula adalah anda memilih mana-mana white balance yang telah disetkan dalam kamera anda. Setiap kamera mempunyai sekurang-kurangnya 7 preset auto white balance yang telah disetkan oleh pengilang mengikut suasana persekitaran yang umum iaitu AUTO, Incandescent, Fluorescent, Direct Sunlight, Flash, Cloudy dan Shade.


Penerangan mengenai setiap preset white balance


   Oleh itu, adalah terpulang kepada anda untuk membuat pilihan samada untuk memilih setting white balance anda secara manual ataupun preset auto. Jika anda mahukan white balance yang paling tepat mengikut suasana, adalah disarankan anda menggunakan Manual. Akan tetapi jika anda masih lagi dalam proses memahami white balance, preset auto juga dapat memberikan hasil yang tidak mengecewakan.


© Muchtar Omar




Read more...

Tuesday, 8 November 2011

Kaitan antara Aperture, Shutter Speed dan ISO

Aperture, Shutter Speed dan ISO adalah tiga perkara asas dalam fotografi yang mesti diketahui oleh seseorang itu jika dia ingin menjadi seorang jurugambar. Ini kerana tiga perkara berkenaan adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Kombinasi yang tepat antara Aperture, Shutter Speed dan ISO akan menghasilkan gambar yang mempunyai exposure yang baik dan mempunyai kualiti di tahap paling optimum.


  Aperture bermaksud kadar bukaan di dalam lensa kamera yang akan mengawal kemasukan cahaya ke sensor imej kamera. Semakin besar bukaan, semakin banyak cahaya yang akan masuk dan begitulah sebaliknya. Ia juga turut mengawal Depth of Field sesuatu imej. Semakin besar bukaan, semakin sempit Depth of Field dan begitu jugalah sebaliknya.
(Sila rujuk Entry : Aperture)

  Shutter Speed pula bermaksud tempoh bukaan Shutter dalam kamera. Semakin laju Shutter Speed, semakin kurang cahaya dapat memasuki sensor imej kamera, begitulah sebaliknya. Shutter Speed yang lambat akan meningkatkan kebarangkalian imej untuk kabur (blur).
(Sila rujuk Entry : Shutter Speed)

   ISO pula adalah tahap sensitiviti sensor imej kamera kepada cahaya. Semakin tinggi ISO yang digunakan, semakin sensitif sensor imej kamera kepada cahaya. Walaubagaimanapun, semakin tinggi ISO yang digunakan juga akan mengurangkan kualiti imej yang dihasilkan.
(Sila rujuk Entry : ISO)

Situasi 1 :
   Katakan anda ingin menangkap gambar menggunakan Aperture f1.8. Pada f1.8, kadar bukaan Aperture adalah besar. Ini bermakna banyak cahaya yang akan memasuki sensor imej kamera dan akan menyebabkan gambar yang dihasilkan menjadi terlampau cerah atau over-exposed. Jadi, untuk mendapatkan exposure yang tepat bagi gambar berkenaan, sensor imej kamera perlu ditutup dengan cepat. Oleh itu, Shutter Speed yang tinggi diperlukan. Sebagai contoh 1/250s. Dengan ini, perkaitan antara Aperture dan Shutter Speed bagi Situasi 1 adalah seperti berikut : Semakin besar bukaan Aperture, semakin laju Shutter Speed.







Situasi 2 :
   Katakan anda ingin menangkap gambar menggunakan Aperture f22 kerana anda inginkan Depth of Field yang luas. Anda mahu semua subjek di dalam gambar anda berada dalam fokus. Contohnya gambar pemandangan. Pada f22, kadar bukaan Aperture adalah kecil. Ini bermakna jumlah cahaya yang akan memasuki sensor imej kamera adalah sedikit dan akan menyebabkan gambar yang akan dihasilkan menjadi gelap atau under-exposed. Jadi, untuk mendapatkan exposure yang tepat bagi gambar berkenaan, sensor imej kamera perlukan sedikit masa untuk menyerap cahaya yang secukupnya bagi menerangkan gambar berkenaan. Oleh itu, bagi memberi masa kepada sensor imej kamera menyerap cahaya, Shutter mestilah ditutup dengan lambat. Maka dengan itu, Shutter Speed yang digunakan perlulah lambat. Sebagai contoh 1/40s. Dengan ini, perkaitan antara Aperture bagi Situasi 2 adalah seperti berikut : Semakin kecil bukaan Aperture, semakin lambat Shutter Speed.






Situasi 3 :
   Katakan anda ingin mengambil gambar pemandangan di waktu malam. Aperture yang anda perlu gunakan adalah f22 untuk mendapatkan keseluruhan fokus. Anda dapati Shutter Speed yang sesuai untuk mendapatkan exposure yang baik adalah 1/15s. Dengan Shutter Speed berkenaan, anda dapati gambar yang anda tangkap kabur (blur) akibat gegaran daripada tangan anda kerana Shutter Speed berkenaan adalah perlahan. Anda pula tidak membawa tripod. Jadi, anda terpaksa meningkatkan Shutter Speed anda hingga tahap dimana anda boleh menangkap gambar menggunakan tangan tanpa menyebabkan blur. Caranya adalah dengan meningkatkan ISO anda. Biasanya ISO yang digunakan oleh jurugambar adalah ISO 200. Akan tetapi bagi situasi seperti ini, kadar ISO bolehlah ditingkatkan ke ISO 400 atau ISO 800. Ini kerana ISO yang tinggi akan menyebabkan sensor imej kamera lebih sensitif kepada cahaya seterusnya meningkatkan Shutter Speed anda. Oleh itu, dengan kata lain fungsi ISO adalah untuk meningkatkan Shutter Speed. Akan tetapi harus diingat, semakin tinggi ISO yang digunakan, semakin kurang kualiti gambar. Jadi, hanya tinggikan ISO jika benar-benar perlu.






© Muchtar Omar




Read more...

Monday, 7 November 2011

ISO

ISO merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan keseimbangan exposure sesuatu imej dan juga kualiti imej berkenaan secara keseluruhan. ISO mengawal tahap sensitiviti sensor imej kepada cahaya. Lebih tinggi ISO yang digunakan, lebih sensitif sensor imej kepada cahaya. Ini bermakna anda boleh menangkap gambar dalam persekitaran yang gelap atau kurang pencahayaan tanpa menggunakan flash atau tripod dan juga tanpa menyebabkan imej berkenaan menjadi kabur (blur). Walaubagaimanapun, penggunaaan ISO yang tinggi akan menghasilkan noise. Noise adalah titik-titik kecil yang muncul pada imej. Noise yang banyak akan menjejaskan kualiti sesuatu imej.


   Biasanya bagi digital camera nilai ISO minimumnya adalah antara 100-1600. Ia boleh dinaikkan secara berperingkat yakni 100, 200, 400, 800 dan 1600. Nilai ini adalah relatif terhadap satu sama lain. Ini bermakna ISO 200 adalah dua kali lebih sensitif daripada ISO 100 dan ISO 800 adalah empat kali lebih sensitif daripada ISO 200 dan begitulah seterusnya.


   Kaitan ISO dan tahap noise


Untuk makluman, Aperture, Shutter Speed dan ISO adalah tiga perkara yang saling berkaitan.

© Muchtar Omar




Read more...

Shutter Speed

Shutter adalah satu mekanisma yang berada di dalam kamera. Ia akan berbunyi "klik" apabila butang shutter ditekan. Shutter speed atau kelajuan shutter pula adalah tempoh dimana shutter terbuka semasa butang shutter ditekan. Dalam dunia film photography, ia adalah tempoh dimana filem terdedah kepada subjek yang ingin ditangkap. Ini tiada bezanya dengan dunia digital photography iaitu tempoh dimana sensor imej terbuka untuk menangkap sesuatu subjek itu. Lebih lama sensor terdedah, lebih banyak cahaya yang masuk dan lebih cerah imej yang akan dihasilkan.


   Shutter speed disukat menggunakan unit "seconds (s)" atau saat. Lazimnya, shutter speed yang digunakan adalah lebih laju daripada 1 saat. Ia dipanggil a fractions of a seconds. Sebagai contoh : 1/250s. Lebih tinggi denominator nya, lebih laju shutter berkenaan. Contohnya : 1/1000s adalah lebih laju daripada 1/500s.

   Dalam dunia fotografi, 1 saat kelajuan shutter sudah dianggap amat perlahan. Apabila shutter terlalu perlahan, kebarangkalian untuk sesuatu imej yang ditangkap itu untuk kabur atau blur adalah amat tinggi. Tangan manusia lazimnya mampu untuk memegang kamera dan menangkap gambar tanpa kabur dengan shutter berkelajuan minimum 1/60s. Jika ingin menangkap gambar dengan kelajuan shutter lebih lambat daripada itu, (sebagai contoh 1/40s, 1/20s) ia memerlukan teknik-teknik yang tertentu atau terus menggunakan tripod sekiranya kelajuan shutter selambat 1 saat atau lebih lambat daripada itu. Paling lambat kelajuan shutter adalah 30 saat. Jika shutter lebih lambat daripada itu, ianya dipanggil bulb.

   Untuk menghentikan pergerakan atau freeze motion sesuatu subjek dalam imej, kelajuan shutter yang tinggi diperlukan. Lazimnya 1/250s atau lebih laju. Kelajuan maksimum shutter bergantung kepada jenis kamera. Ada kamera yang mempunyai kelajuan maksimum 1/4000s dan ada pula kamera yang menjangkau kelajuan 1/8000s.






Walaubagaimanapun, semakin laju shutter bermakna semakin sedikit masa sensor imej terdedah dan semakin sedikit cahaya dibenarkan masuk ke sensor berkenaan. Ini akan menyebabkan imej akan menjadi gelap.



 Contoh shutter speed dan kaitan dengan imej yang dihasilkan


   Akan tetapi, dalam dunia fotografi, tidak semestinya imej yang ditangkap itu selalunya harus jelas atau sharp. Mengikut situasi, kekaburan atau blurry itu kadangkala diperlukan untuk menghidupkan sesuatu imej itu supaya ianya nampak tidak kaku. Oleh itu, anda haruslah kreatif jika ingin bermain dengan shutter speed supaya imej yang anda hasilkan itu nampak lebih menarik.






Untuk makluman, Aperture, Shutter Speed dan ISO adalah tiga perkara yang saling berkaitan.

© Muchtar Omar




Read more...

Sunday, 6 November 2011

Aperture

Aperture adalah kadar bukaan dalam lensa kamera anda apabila gambar ditangkap. Apabila anda menekan butang shutter pada kamera, satu bukaan akan terbuka. Bukaan tersebut akan membenarkan sensor imej kamera anda untuk menangkap subjek yang anda ingini.


   Aperture yang ditetapkan adalah berkait dengan kadar bukaan tersebut. Dalam dunia fotografi, aperture disukat menggunakan unit " f-stops (f) " dan dalam bentuk nombor. Semakin rendah nombor " f " (Cth : f1.4, f1.8, f2.8) semakin besar bukaan. Manakala semakin tinggi nombor " f " (Cth : f11, f16, f22) semakin kecil bukaan.

   Bukaan tersebut pula akan menyukat kadar cahaya yang akan memasuki sensor imej dalam kamera. Semakin besar bukaan, semakin banyak cahaya yang akan masuk dan begitulah sebaliknya. Manakala semakin banyak cahaya yang masuk, semakin teranglah imej berkenaan dan begitu jugalah sebaliknya.



Contoh bukaan Aperture


   Aperture juga turut bertanggungjawab mengawal Depth of Field (DoF) sesuatu imej. "Depth of Field" atau singkatannya "DoF" adalah kedalaman atau keluasan kawasan yang berada dalam fokus kamera anda. Dengan kata lain kawasan yang anda ingin fokuskan. Jika anda mahukan kawasan yang berada dalam fokus kamera anda itu luas, maka anda perlu tinggikan nombor " f " anda. Jika ada hanya mahukan sedikit sahaja kawasan yang ingin difokuskan, maka anda perlu rendahkan nombor " f " anda.


Contoh Depth of Field


Untuk makluman, Aperture, Shutter Speed dan ISO adalah tiga perkara yang saling berkaitan.

© Muchtar Omar




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...